Tuesday, August 5, 2008

Pulau Redang


Assalamualaikum…
Hari ni hari sabtu…sekolah cuti…jadi aku pun cuti la. Adalah masa nak tambah cerita diblog aku ni. Cerita pasal percutian aku ngan keluarga kat Lang Tengah pulak. Lang Tengah ni dekat dengan Pulau Redang. Pulau Redang, Perhentian, Lang Tengah dan Kapas adalah antara puau-pulau yang tercantik di Malaysia. Kalau tengok dalam gambar…Pulau Lang Tengah ni memang cantik, jadi kami pun datang la ke Pulau ni untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya.
Bila dah menjejakkan kaki kat pantai pulau ni….memang rasa macam terus nak mandi laut….pasirnya putih….nampak lak ikan berenang kat celah-celah kaki…tu yang jadi lagi geram. Tak takut orang la pulak ikan ni…
Kitaorang dok kat Lang Tengah Resort. Lepas je check in kat resort tu…kitaorang tak tunggu lagi dah terus je tuju laut. Percutian kali ni bertambah ahli…nit (kawan baik aku) dan keluarga abg azni & k.som reruja dengan ajakan mak aku yang dah tak sabar-sabar nak snorkeling. Cuma kali ni nina dan lan je yang tak pi. Tak dapat cuti. Kesian dorang.
Lepas penat mandi laut….kitaorang minum petang. Makanan semuanya disediakan….makan la sampai kenyang.
Lupa lak nak bagitau…kitaorang kat pulau ni 3 hari 2 malam je. 1 kepala resort ni charge RM 280. ok la tu. Bilik ok…lengkap ngan bilik air ….ada aircond…cuma tv je yang takde. Tapi kalu nak tengok tv…boleh la tengok kat lobby resort tu (ada astro).
Kat depan resort ni ada coral yang cantik….ikan pun banyak.Jadi kalu nak snorkeling takyah tunggu tourist guard bawak (selalunya kena naik bot nak pi kat marine park)…terjun je kat laut depan resort tu…boleh jumpa nemo lagi.
Esoknya kami dibawa meronda Pulau Redang…pi marine park. Kat sini la ada ikan kerapu yang besar tong drum. Aku tak nampak….aril nampak!!!Kat sini macam-macam jenis ikan dengan macam-macam warna ada. Naik pening aku tengok ikan-ikan ni.Ikan-ikan ni pun mungkin pening tengok aku. Punya la penat snorkeling, dah la penat…lapar pulak tu…nasib baik bawak bekal. Apalagi blasah la apa yang ada. Air takyah minum….sebab dah banyak sangat minum air laut.
Pas tu kitaorang di bawak jauh sikit dari pantai…dari atas bot tu terjun je.nak takut ape…life jacket ada ma…..kat sini coral dia cantik gile!!! Ikan pun besar-besar. Adik yang bawak bot tu…tangkapkan gamat…bagi kitaorang tengok dan pegang. Besar giler gamat dia. Dah la besar lembek pulak tu. Ayah aku kata kalau nak hilangkan jerawat…sapu la gamat hidup tu kat muka….nit ngan mak aku selamba je pegang…macam gamat tu kawan dorang je.
Masa snorkeling kat sini, aku nampak belut laut. Tersorok kat celah batu.Nampak kepala dia je yang tersembul kelua. Kalu nak pegang ikan…letak la makanan atas tangan…mesti dapat sentuh punya la. Anak buah aku seronok betul….sebab dapat tengok ikan kat laut. Dorang cari spongebob…tapi tak jumpa.
Pening bapak dorang nak jawab.
Balik je dari melakukan aktiviti snorkeling kat Pulau Redang…kitaorang sambung lagi snorkeling kat depan resort. Aril dapat tangkap nemo….tapi dia lepaskan semula…sebab takut kena saman. Tau pun takut. Malam tu aku tido nyenyak betul. Nasib baik tak terlepas subuh.
Pagi esoknya (hari nak bertolak balik) aril ngan pendek ikut budak resort tu pi snorkeling kat kawasan resort…dorang jumpa baby shark ngan penyu la. Nyesal aku tak ikut. Tapi nak jadi rezki…sebelum nak naik bot balik ke tanah besar…kitaorang nampak baby shark main dekat dengan bot. Puas betul hati aku bercuti tahun ni….belanja banyak pun takpe janji hati puas.
Dalam kepala dah ada tempat nak snorkeling untuk tahun depan….kita jumpa lagi di Pulau Perhentian…adios.

1 comment:

norhanita said...

best gak cite awak ni tp gmbr kureng skt la.nnt cr gmbr yg kaw-kaw skt ye. trskan usaha2 mlncong dlm msia ni..dgn fmly lg..