Sunday, November 2, 2008

Lama tak bercerita


Assalamualaikum...
wah wah wah....lama bebeno aku tak buat apa-apa kat blog aku ni. Kesian....dah hujung-hujung tahun ni...memang banyak kerja kena buat. Nak tanda folio budak, kena isi macam-macam borang, kena siapkan pelan tindakan, pelan operasi...banyak lagi la. Itu belum lagi masuk tanda buku budak. Memang rasa semput...nak bernafas pun rasa tersekat-sekat. Ni pun baru balik dari MSKPP. Sukan untuk guru-guru. Aku masuk game volleyball. Memang teruk la kena belasah. tak dapat nombor pun. Takpe la...team aku ni baru je belajar pukul bola, insyaAllah 2 tahun lagi boleh la tersenarai dalam ranking top 5....hehehehh....so menjelang 2010 ni aku kena buat pelan tindakan untuk team ni. Hidup ni kena ada perancangan...baru hidup akan lagi lebih bermakna. Doakan la kejayaan team aku ni ye. Baru-baru ni aku dapat slip PTK...teruk betul result kali ni. Dulu dapat 3....kali ni turun 2 la pulak.Ni gara-gara terlebih aktiviti luar la ni. Apa-apa pun aku kena la bersyukur dengan markah yang aku dapat. Tahniah buat Nina....1 paper dah dapat 4.Tahun depan boleh dapat 4 lagi. Naik gaji tu..........Rezki anak.
Sekarang ni tengah Exam kat sekolah aku...sibuk jaga pekse.....pas tu kena tanda kertas la pulak...Kerja ni memang tak pernah nak habis. Cuti hujung tahun nanti.....kena jaga asrama pulak. SPM ngan STPM tak abis lagi....tu la nasib cikgu yang jadi warden. Cuti pun tak la berapa nak panjang.....masa cuti nanti confirm kena panggil datang sekolah....meeting. Nasib baik tahun ni aku tak kena jaga STPM....bosan giler kalu kena jaga paper yang sampai 3 jam. Apa-apa pun aku patut besyukur....dengan kerja-kerja ni la yang boleh buat aku senang macam sekarang...boleh beli rumah...pkai keta....beli baju baru...hantar duit kat kampung....sponsor adik...jalan-jalan cari pasal....macam-macam lagi la. Patut selalu kena buat sujud syukur.
Oklah....kita sambung lain kali. Aku tak sempat cerita pengalaman amek lesen scuba masa cuti sekolah yang lepas....kita cite lain kali la. Aku akan up kan citer aku tu ngan gambar sekali.
bye..............

1 comment:

nor said...
This comment has been removed by the author.