Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang telah diberiNya...kita masih boleh bernafas dan hidup dalam suasana yang penuh selesa di atas muka buni ini.
Hari ini hari ahad...dan saya masih di pejabat menyelesaikan tugas yang tak habis-habis.sambil-sambil tu serve internet.Emmm...saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 1 tempat yang menarik terletak di negara Jepun. Tertulis di sini Zao National Park, Yamagata, Japan. Kalau la ada duit terlebih....teringin juga nak melawat ke tempat-tempat menarik seperti dalam gambar ni.
Alhamdulillah...tempat yang wajib...MEKAH sudah saya jelajahi hujung tahun lepas. Semasa menunaikan Haji dan Umrah. Ada juga rasa ingin menjelajah ke tempat-tempat indah yang lain cuma masa dan RM nye saja yang belum mengizinkan.
Cuti bulan 5 ni kami sekeluarga dah booking percutian ke Pulau Sibu Mersing. Emmm....rasa tak sabar tunggu harinya tiba.Masa ini lah nak bemesra bersama keluarga tersayang. Kalau hari-hari sibuk dan selalu sahaja tertunda nak melawat keluarga di kampung setiap hujung minggu kerana kerja....susahlah nak jawab.....Banyak sangat masalah bila kena posting jauh dari kampung ni. Harap diri saya diberi kesabaran dariNya untuk terus bekerja dengan baik dan dapat gaji yang berkat. Boleh juga bantu keluarga. InsyaAllah saya akan titipkan gambar-gambar percutian yang indah di blog ini. Kalau ada tempat-tempat peranginan menarik di dalam negara Malaysia ni....hantarkan lah sedikit maklumat pada saya. Seronok juga kalu dapat member-menber baru yang kaki melancong ni. bye. Wassalam