Saturday, June 28, 2008

Pulau Langkawi

Assalamualaikum....

Tajuk yang best dan patut dikongsi bersama kali ni ialah percutian saya ke Pulau Langkawi. Balik sahaja bercuti dari Pulau Sibu baru-baru ni saya dan beberapa orang kawan telah ke Pulau Langkawi. Memang penat kat Pulau Sibu tak hilang lagi...tapi disebabkan terlalu teruja sangat dengan Pulau Langkawi....maka kami gagahkan juga. Perjalanan dimulakan dari LCC KL. Tak perlu la nak drive jauh-jauh sampai ke Kuala Kedah. Dari KL jauh jugak tu. Kami bertolak dari LCC pukul 4.30 petang dengan air asia. Ok la...tak delay. Sampai dalam pukul 5.15 pm. Mendarat je kat airport Langkawi kami terus dapat kan perkhidmatan kereta sewa. Dapat MyVi baru....isi minyak rm 50 dan mula bertolak ke Aseana Resort.(bilik dah booking awal2). Harga ok juga, siap ngan breakfast RM140.Sebenarnya ada banyak budget hotel kat Pulau Langkawi ni.Tak perlu nak susah hati.

Lepas check in kat hotel...solat dan rehat, kami keluar ke Pekan Kuah untuk makan malam. Malam tu kami makan seafood, harga berpatutan....siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur goreng, tomyam campur, sambal belacan, teh ais ngan teh o ais...baru rm38.00. okla tu. Lepas makan je kami pi merayau kat The Store Langkawi, Dataran Lang dan Kedai bebas cukai kat sebelah Dataran Lang. Penat betul berjalan. Cuci mata je dulu....nak survey harga. Lepas penat merayau tu kitaorang balik semula ke hotel untuk tidur dan rehat. Awal-awal pagi esoknya...kami dah start enjin kete....aktiviti pertama hari ni....bergambar di Telaga Harbour Park kemudian kami sambung aktiviti dengan menguji tahap gayat maksima.....apalagi naik cable Car la. Cable Car ni tak jauh ngan Telaga 7. Memang seronok sangat kat sini. Sape2 yang gayat tu dinasihatkan jangan la cuba-cuba naik cable car. Memang tinggi bebenor. Nampak la pemandangan Pulau Langkawi yang cantik tu....Gunung Mat Cincang......nampak la batu-batu gunung yang dah berabad tahun lamanya.Memang cantik! Laut punyalah luas.......kami mengambil masa lebih kurang 2 jam menikmati pemandangan dari puncak gunung ni. Memang berbaloi bayar RM 25.


Turun je dari Cable Car, kami sempat cuci mata di deretan kedai yang ada di kawasan Cable car ni....kalau nak try main pinball pun ada. 10 butir RM 5. Saya sempat bergambar dengan burung helang....baru la nampak ganas. Kami meneruskan perjalanan ke Crocodile Farm, Bayaran masuk RM 6 je. Sebelum masuk kami diberikan sedikit cenderahati.....dapat la kelender comel dan sebatang gigi buaya. Di sini buaya nya boleh tahan besar. Rasanya di sini la buaya yang paling besar yang pernah saya tengok. Yang special ada 2 ekor buaya jantan kembar. Bujang Lang dan Bujang Kawi (dua-dua besar tapi sekor daripadanya cacat) Kami sempat melihat pekerja-pekerja disini bagi makan pada buaya-buaya ni. Tepat pukul 2 petang kami dah abis round satu taman buaya ni. Lupa nak bagitau, di taman buaya ni ada beberapa kedai yang menjual barang-barang yang berkaitan dengan buaya. Harga nya boleh tahan mahal, kulit buaya la katakan.....saya tak beli apa pun....takpe la dah dapat gigi buaya pun dah cukup saya simpan sebagai kenang-kenangan. Selepas ke Crocodile farm kami ke Kolam Air Hangat. Perjalanan ke Kolam Air Hangat ambil masa lebih kurang setengah jam. Sepanjang perjalanan ke Kolam Air Hangat kami melalui kawasan kampung. Nampak la rumah-rumah kampung yang masih kekal keasliannya. Disebabkan asyik sangat tengok binaan rumah-rumah kampung ni, kami terlajak beberapa meter dari tempat yang sepatutnya.Nasib baik tak jauh sangat. Pusing semula....dan sampai. Emmm.....dah ada pembaharuan, 10 tahun lepas boleh nampak kolam air panas ni dari luar. Sekarang ni dah ada Rumah Kayu yang besar dan cantik. Lanskap pun dah bertambah cantik. Masuk percuma, tak tahu la sampai bila. Mungkin masih dalam pembinaan jadi tak dikenakan bayaran. Kami sempat rasa kepanasan air di sini....sempat la basuh kaki. Di Kolam Air Hangat ni juga terdapat beberapa buah kedai yang menjual barangan cenderamata. Harganya lebih kurang sama macam di kedai-kedai yang kami singgah sebelum ni.

Kami tak mengambil masa yang lama di Kolam Air Hangat kerana banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum kami sampai berpandukan pada peta yang kami ada. Kami sempat singgah di Snake Sanctuary. Kat sini masa sampai kat entrance dia rasa macam seram sikit, sebab kena lalu bawah kepala ular. Rasa macam kena telan je. eeee.....geli. Ular-ular di sini bermacam jenis, dari yang tidak berbisa hingga la yang paling berbisa....semuanya ada. Tapi takde la yang besar macam cerita anaconda kat dalam movie tu. Biasa je.

Lepas penat tengok ular, kami singgah kejap di Beras Terbakar. Nak tengok tinggalan sejarah yang ada. Masuk percuma.OOOO.....gitu ceritanya. Baru kami paham kenapa beras tu terbakar. kat sini ada banyak gerai makanan. Ada rojak buah, laksa utara, mee udang, burger dll lagi. Kedai jual baju, pinggan mangkuk, makanan ringan, beg, barangan cenderamata pun ada. Saya sempat beli lotion kempis kan perut. Bukan untuk saya ek....ada orang kirim. Lotion ni berasaskan gamat. Baik punye....


Lepas tu kami bercadang mengakhiri perjalanan kami ke Underwater World. Ini kerana hotel kami berdekatan dengan Underwater World ni. Di sini kami dikenakan bayaran RM 18. Ada diskaun untuk kakitangan kerajaan, tapi kena ada bukti la. emmmm.....ikan yang besar-besar dah takde.Sape la yang tuba ikan kat sini ek???Tapi tak pe penguins rockhopper tu ada lagi. Banyak jugak la binatang-binatang cute yang ada kat sini. Contohnya monyet comel tu....apeke namanya marmoset? susah nak sebut la. Anaconda pun ada...lagi besar dari yang ada kat Snake Sanctuary tu.
Amboi penatnya badan. Tengok jam dah dekat pukul 6 petang, kami terpaksa la mengakhiri jugak lawatan kami ni. Kami terus balik ke hotel untuk solat dan rehat.

Malam ni merupakan malam terakhir kami di Pulau Langkawi. Ingat nak tunda je penerbangan. tapi bila pikir balik, takpe la...kalu ada rezeki boleh datang lagi. Lepas makan malam kami akhirnya pi menghabiskan rm yang ada bershopping di Idaman Suri. Mak oiiii.....murahnye....abis la rm......Kami memang bershopping sakan. Semua jenis pinggan mangkuk, sudu garfu, periuk belanga dan semua jenis barangan ada kat sini. Harga memang murah...pilihan pun banyak. Cuma duit je yang tak berapa nak banyak lagi. Lepas bershopping di Idaman Suri, kami singgah beli coklat di Pekan Kuah. Dari satu kedai ke satu kedai kami pusing.Rambang mata betul tengok aneka coklat dengan berbagai bentuk dan warna. Ada la habuan untuk anak buah kat kampung tu.

Malam tu kami tidur lena bebenar. Badan penat, kaki sakit, duit dekat-dekat nak abis. Tapi kami rasa puas sebab dapat round satu Langkawi. Banyak tempat baru dan ilmu yang kami dapat hari ni. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Teringat semula kisah Mahsuri kena hukum sula dan sempat pula menyumpah bumi Langkawi jadi padang jarak padang terkukur sampai 7 keturunan. Apa-apa pun rasa terima kasih patut diucapkan pada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang banyak mengeluarkan idea memakmurkan semula Pulau Langkawi. Terima kasih pada Tuhan yang memberi nikmat pada saya untuk merasai keindahan dan kenikmatan yang ada di muka bumi ini.
Jumpa lagi di lain Percutian......







Monday, June 9, 2008

Pulai Sibu ......Cantekkkkk.........


Baru nak belajar snorkling......ok la tu. Tu baru sikit tunjukkan skill berenang. Kalau tengok kat air laut tu...memang tak nampak pun karang atau ikan. Tu je yang saya rasa kurang kat sini. Kami memang telah dimaklumkan di Pulau Sibu ni memang takde Taman Laut macam di Pulau Tioman. Rasa berbaloi juga lah dengan bayaran RM 275 satu kepala untuk 4 hari 3 malam. Makanan yang disediakan pun memang sedap. Nama resort tu Junansa Villa, tapi pantai di Junansa Villa tu la la secantik macam dalam gambar yang saya tunjukkan di sebelah ni. Anda akan dibawa ke pantai yang berdekatan dengan resort tu.

Snorkling di Pulau Sibu......kalau nak berenang oklah....
pantai kat sini bersih dan putih.....memang berbaloi mandi kat sini.
Tapi kalau nak tengok coral atau ikan yang berwarna-warni lagi best pi pulau tioman, pulau payar, pulau redang, pulau kapas atau pulau perhentian.