Tuesday, August 5, 2008

A Famosa Resort

Assalamualaikum…...
Percutian keluarga ke AFamosa Resort ni dah 2 tahun berlalu…tapi saja aku nak cerita kan juga kat blog aku ni sebagai 1 lagi percutian yang best aku ngan keluarga tersayang. Dengan adanya blog perutian aku ni boleh la ingatkan semula anak-anak buah aku yang masih kecik masa tu…bahawa dorang dah pernah sampai banyak tempat-tempat percutian yang menarik. Tak macam aku ngan adik aku masa kecik dulu…balik2 mak aku bawak pi Templer Park….Zoo Negara…tapi oklah tu. Sepatutnya aku kena besyukur…nak jugak mak ngan ayah bawak aku jalan-jalan, walaupun masa tu ekonomi tak stabil mana…ada orang lain yang mak bapak dia tak bawak jalan mana2. Terima kasih mak..ayah…nenek…makNgah…Usu…Cik E…mak Syidah..makencik..(dorang ni semua rajin bawak aku jalan-jalan).
Percutian kali ni…mak aku yang banyak kelua duit. Mak bayar penginapan RM 750 untuk 1 malam kat banglo Resort ni. Kitaorang kat sini 3 hari 2 malam. Anak buah ngan sepupu aku paling happy…sebab boleh berendam kat kolam belakang banglo ni. Kolamnya tak la besar sangat…tapi jadi la nak lepas gian.
Malam pertama kat sini kitaorang tak pi mana…Cuma sibuk buat barbeque..panggang apa yang ada. Puas gak la makan. Lepas borak-borak…cerita itu ini…aku tido…
Esoknya acara bermula lepas solat Zohor…kitaorang pi AFamosa Animal World.Masuk RM 25 masa tu..tak tau la kalu harganya naik lagi.
Kat dalam ni ada banyak jenis haiwan…dari yang kecik sampaila ke yang besar…bestnya kat sini ada beberapa jenis pertunjukan haiwan.Contohnya macam pertunjukan badut kat dalam cowboy town (ada red Indian lagi)….pertunjukan monyet cerdik…boleh joget…naik basikal….pertunjukan burung…pertunjukan gajah….memang best la….
Kat sini juga korang boleh tunggang gajah…unta…kuda….
Malam nya pulak kitaorang pi Cowboy Town…nak masuk pun kena bayar kat sini. Kalu tak silap RM 32 untuk dewasa RM 22 untuk kanak-kanak. Best….kebanyakan binatang yang buat pertunjukan malam tu adalah binatang yang sama kat AFamosa Wild Animal siang tadi. Ada pertunjukan kereta berhias….pertunjukan aneka pakaian….tarian gelek….dan kemuncaknya ada pertunjukan bunga api…pas tu kitaorang jalan-jalan kat Cowboy Town tu…singgah tengok pertunjukan api dari puak Red Indian lak…ni yang makan api tu.
Kat sini pun ada macam-macam permainan…ada bumper car…keretapi….euro banging…archering…macam-macam la…tak tercerita lak aku.
Sebelum balik tu…kitaorang 1 keluarga amek gambar ala-ala cowboy. Kitaorang pakai custom yang disediakan…siap pegang senapang lagi tu. Comel betul gambar anak buah ngan sepupu aku!!!...Sekarang ni dorang dah besar sikit…tersengih je…masa aku tunjukkan gambar-gambar percutian kami ni.
Esoknya…sebelum balik kami singgah kat Bandar Air Keroh…masuk Taman Buaya….dan sempat rasa naik kereta lembu….nak naik kereta lembu tu kena bayar RM 10.
Nina beli makanan kegemaran dia kat Air Keroh ni….’Cencalok’…..sedap makan ngan nasik panas. Dia yang ajar aku makan cencalok….

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum wr.wb
Lin....in this pic..which one is your grandmother..??

Salam hormat dari saye buat nenek ye...semoga nenek sehat selalu. Amin

Wassalam

Memed