Assalamualaikum...24 Julai baru-baru ni, aku telah tersenarai untuk mengikuti 1 rombongan sekolah ke Parlimen. Sebenarnya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki kat sini, walaupun sebenarnya aku memang selalu tumpang lalu atau buat u-turn untuk ke pusat bandar kat depan Parlimen ni. Kawasannya luas dan cantik, siap ada ternak rusa lagi. Itu yang buat aku lagi kagum. Lain benar rasanya bila dah ada dalam bangunan Parlimen ni. Selalunya tengok dari jauh atau pun tengok kat duit syiling je. Sempat la tengok YB2 dok bersidang di Dewan Negara. Panas juga masa tu.....masa dorang ketuk-ketuk meja tu yang best....Masa tu Dewan Rakyat tutup, tapi kami diberi kesempatan juga untuk masuk dan singgah duduk dalam Dewan Rakyat tu.Sebelum nak naik bas, sempat jugalah kami bergambar dan tengok-tengok landskap yang ada di Parlimen. Sempat juga belek2 brabus hitam kat luar bangunan. Tak sangka ada orang kat dalam kete tu. Malunye..........tapi pandailah cover buat-buat bela tudung.Apa-apa pun lawatan kali ni memang best sebab dapat sampai ke tempat yang orang jarang-jarang nak pi. Selalunya kalu rombongan sekolah ni....dorang nak pi Langkawi, Cameron Highland, Genting Highland, Bandar Melaka, ..... itu je la. Lepas habis melawat Parlimen, kitaorang panjangkan langkah lagi pi melawat ke tempat lain. Mid-Valley. Lepas penat ronda-ronda dan habiskan duit yang tak berapa nak ada, kami pun bertolak balik ke Segamat jam 6.30 petang. Sampai asrama lebih kurang pukul 10.30 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment