Assalamualaikum….
Ni sebenarnya nak mengimbas semula percutian 3 tahun lepas di Pulau Tioman. Tahun pertama posting selepas memilih bidang pendidikan sebagai pekerjaan tetap. Emmm….masa ni dapat tunggakan gaji, tu yang boleh suka-suka hati pi jalan-jalan cari pasal. Kami satu keluarga terlibat dalam percutian yang best ni. Emak, ayah, nenek,usu jila, atan, lan, aril, boboy, nina, pendek, bena,cak, wawa dan aku. Percutian ni la yang buatkan kami 1 keluarga mula kenal dengan dunia snorkeling. Mak la yang paling excited, sebab sekarang ni dia dah lengkap dengan peralatan snorkeling sendiri (sanggup berhabis duit). Bukannya apa…kalu dia pakai yang sewa punya, confirm dia banyak minum air laut. Sebelum ni aku dah merasa snorkeling kat Pulau Kapas maknanya aku advanced sikit dari keluarga aku, Cuma tak berapa terer lagi la. Kalu tengok, adik aku aril, lagi terror dari aku, sebab dia boleh pi pegang coral yang jauh kat bawah laut tu. Aku belum sampai tahap tu lagi la. Sebelum ni kalau kat atas darat…aku boleh nampak pokok, rumput, bunga-bunga yang berbagai warna…tapi rupa-rupanya kat dasar laut tu pun sama…ada macam-macam warna…..subhanallah….memang cantik la semua ciptaan Tuhan!!!. Yang best nya coral hidup ni rupa-rupanya lembut…tapi bila dah mati dia jadi keras. Betul ke? Aku pun tak pasti…tapi yang pastinya…bila aku tengok betul-betul coral yang hidup ni macam bergerak-gerak lembut bila kena arus air laut, tapi kalau yang kat tepi pantai tu…keras pulak. Sape yang ada pengalaman tu boleh la bagi tau situasi ni ye. Emmm…musykil pulak.
Kami di Pulau Tioman ni 3 hari 2 malam je…tak la lama sangat. Tapi puas la mandi air laut. Lupa lak nak bagi tau…kami dok kat Genting…bahagian Tioman yang paling cepat sampai dari Mersing. Kat Tioman ni ada banyak lagi kampong nelayan…aku pun dah tak ingat nama-nama kampong ni. Yang pastinya di Genting ni boleh jumpa banyak gerai-gerai makanan. Harga bleh tahan la. Ada roti canai, nasi lemak, seafood dan macam-macam lagi la. Kfc, mcdonald, pizza hut je xde.
Kami di bawa pusing satu pulau dengan bot nelayan….nasib baik dah telan pil mabok laut….aku memang dah stand-by kan pil mabok laut ni awal-awal lagi. Kat satu kampong di Tioman di ada 1 kedai bebas cukai…dorang kata harga memang rendah la…aku tengok ada rokok, pinggan mangkuk,…tapi xbanyak pilihan la. Ingat kat Langkawi je ada jualan bebas cukai, kat Tioman pun ada rupanya.
Pas tu kami dibawak pulak snorkeling di Taman Laut Tioman. Cantikla….cuba la korang rasa sendiri…kalu tengok sendiri lagi puas hati. Aku rasa, memang berbaloi la percutian ni…sebab dapat pengalaman baru. Berbeza ngan Pulau Kapas…kat sini xde obor-obor yang kejar aku….aku kejar ikan ada la….
Itu je yang aku ingat tentang percutian ni….bulan 8 (cuti sekolah) insyaAllah aku nak ambik lessen scuba lak)….mana tau lepas ni boleh join fauziah latip pi scuba lak…..kuakuakua……..Aku dah cuba-cuba angkat tong gas kat rumah aku ni….
Tuesday, August 5, 2008
Pulau Tioman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment